HARI RAYA AIDIL ADHA | Tidak Lama Lagi
” Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka”
(Surah Al-Haj: 34)
Tarikh Akhir : 05 Jun 2025 | 12:00 a.m
Hukum melaksanakan Ibadah Qurban adalah Sunat Mu’akkad; iaitu sunat yang sangat dituntut untuk umat Nabi Muhammad S.A.W. Tuntutan melakukan ibadah Qurban sangatlah banyak sehinggakan ada sebahagian Ulama’ menyatakan hukumnya adalah wajib.
“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berQurban, akan tetapi dia tidak mahu berQurban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (Masjid)”
– HR. Ahmad 8273, Ibnu Majah 3123, dan sanad hadith dihasankan oleh Al-Hafiz Abu Thohir.
Qurbani menjalankan ibadah Qurban di 5 Buah negara islam yang memerlukan.
Dilaksanakan di 5 Buah Negara Islam oleh pegawai yang dilantik khas untuk mengendali ibadah qurban serta pengagihan kepada mereka yang layak.
Dengan hanya RM300 setiap bahagian, kini semua orang mampu untuk menjalani ibadah Qurban ini dan mampu untuk bantu mereka yang memerlukan.
Setiap peserta akan menerima notifikasi terkini, sijil dan bukti perlkasanaan serta pelbagai tawaran yang menarik melalui sistem yang kami tawarkan.
Setiap peserta akan diuruskan oleh pegawai-pegawai khusus yang kami tugaskan untuk membantu serta kemaskini info terbaru sepanjang tempoh Qurban.
Jom sama-sama kita bantu mereka merasai kenikmatan sepotong daging yang telah kita rasakan setiap hari.
*Untuk tempahan lembu / kambing tempatan sila hubungi pegawai khidmat pelanggan kami. Stok adalah terhad dan bergantung kepada permintaan pelanggan
Tawaran tambah nilai untuk setiap tempahan dalam satu pendaftaran, istimewa buat anda!
* 1x Sijil penyertaan untuk setiap nama peserta
** PERCUMA kos penghantaran parcel (Semenanjung, Sabah & Sarawak sahaja.)
Terma Dan Syarat
Hanya 3 langkah mudah untuk menunaikan ibadah qurban anda tahun ini! Sila Hubungi pegawai kami untuk sebarang persoalan.
Untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan atas talian, pastikan anda hanya membuat pembayaran secara FPX atau pindahan bank dengan butiran syarikat dan akaun berikut sahaja:
Nama Syarikat : Qurbani Sdn. Bhd.
No. Syarikat : 1356637-H
FPX : Billplz (Qurbani)
Maybank : 5624 8742 3499
CIMB : 8010 3078 39
Untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan atas talian, pastikan anda hanya membuat pembayaran secara FPX atau pindahan bank dengan butiran syarikat dan akaun berikut sahaja.
Nama Syarikat : Qurbani Sdn. Bhd.
No. Syarikat : 1356637-H
FPX : Billplz (Qurbani)
Maybank : 5624 8742 3499
CIMB : 8010 3078 39
Setiap satu nama peserta mewakili satu bahagian atau ekor haiwan yang didaftarkan.
Jika anda ingin mendaftar satu ekor lembu untuk 7 ahli keluarga anda, Sila pilih lembu (per bahagian) dan 7 kuantiti. 7 ruang nama peserta akan disediakan.
Jika anda memilih Lembu (per ekor) dan kuantiti 1, hanya 1 ruang nama disediakan. Bagaimanapun, anda boleh juga mengisi nama keluarga sebagai wakil ibadah yang ingin anda daftarkan.
Borang pendaftaran ini hanya menerima kaedah pembayaran secara Online FPX melalui bank-bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan perbankan atas talian. Untuk kaedah pembayaran lain :
1. Kad Debit/Kredit : Ditutup buat sementara waktu.
2. e-wallet(TnG/Paypal/Boost/Grab) : Ditutup buat sementara waktu.
3. Pindahan Bank : Sila hubungi pegawai kami.
4. Cek / Tunai : Sila hadir ke pejabat urusan kami untuk pendaftaran secara bersemuka.
5. Skim ansuran Qurbani: Sila hubungi pegawai kami.
No.Akaun bank rasmi : Qurbani Sdn. Bhd. (1356637-H)
562487423499 (MAYBANK)
8010307839 (CIMB Bank)
Rujuk halaman terima kasih (dibawa secara automatik selepas bayaran selesai dibuat. Jangan tutup browser anda) untuk ringkasan tempahan dan video panduan niat serta akad yang dipimpin Ustaz Shahrizan Daud At-Turabbi.
Pautan panduan ini juga akan dihantar melalui Whatsapp serta emel anda untuk rujukan akan datang.
Anda akan menerima panggilan telefon untuk tujuan pengesahan maklumat dan akad bersama pegawai kami dalam tempoh 3-7 hari dari tarikh tempahan. Kami mungkin tidak membuat panggilan ketika musim jumlah tempahan yang tinggi.
Anda akan menerima email, SMS atau whatsapp yang mengandungi pautan (link) khas untuk tempahan anda. Status pengurusan serta pelaksanaan ibadah anda akan dikemaskini dalam masa sebenar (real time).
Kami juga akan menghantar notifikasi SMS/Whatsapp secara automatik untuk setiap langkah penting sepanjang tempahan anda diurus serta dilaksanakan.
Masa dan lokasi pelaksanaan ibadah anda ditetapkan oleh pihak Qurbani. Pemilihan negara oleh peserta tidak dibenarkan. Selepas ibadah selesai dilaksanakan, maklumat anda akan disimpan untuk tujuan audit dan pengurusan.
Gambar pelaksanaan secara individu tidak disediakan (kecuali Aqiqah) kerana jumlah tempahan yang tinggi (bergantung kepada tempat pelaksanaan)
Parcel yang mengandungi sijil penyertaan (1 sijil untuk setiap nama peserta) serta saguhati pakej (hadiah mengikut pakej yang didaftarkan) akan dihantar kepada alamat yang telah didaftarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyertaan bergantung kepada terma & syarat.
Kami menggunakan perkhidmatan kurier NinjaVan untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja.Kos penghantaran adalah PERCUMA. Kos penghantaran diluar kawasan perlu ditanggung oleh anda.
Parcel yang tidak berjaya dihantar atau tidak dituntut akan dikembalikan kepada Qurbani. Kos penghantaran kali ke-2 perlu ditanggung oleh pendaftar.
Qurbani tidak pernah melantik mana – mana wakil yang menerima wang tempahan melalui akaun peribadi. Pastikan anda mengelakkan diri dari mangsa sindiket penipuan dengan Memastikan nama syarikat dan no akaun rasmi yang dinyatakan sebelum Membuat pembayaran.
Sila laporkan kepada kami sekiranya anda kenal individu atau akaun laman sosial individu terbabit.